Wednesday, 17 October 2018

Crush = Seksa



Image result for crush gif


    Assalamualaikum peeps . 

   Malam ni rasa macam nak buka pekung di dada . Benda ni sumpah malu besar kalau member-member rapat dapat tahu . Sumpah maluuuuuuuu . Tak sanggup aku kalau kena usik . Seksa tau . Member pulak semua jenis kaki bahan . Heh cakap orang . Aku pun 2x5 aje . Tapi nak kena cerita jugak . Seksa doe pendam sorang-sorang . Kena luah jugak . Takpe aku percaya korang . Korang baik kan ? Lagipun korang bukan kenal aku pun hehe .

   Aku nak cerita pasal 2 orang crush aku . Stress la ada crush ni adoiiii kenapa la aku kena ada crush . Before buat entry ni aku ada buka beberapa blog yang tulis pasal crush masing-masing. Fuh extreme. Ada yang jadi stalker. Ada yang hati berdebar berdetak rasa cam nak terkeluar . Macam-macam lah . Aku? Tak sampai tahap tu kot . Alhamdulillah masih terkawal . 

  Aku kenal perkataan crush ni masa sekolah menengah . Maaf lah saya noob . Tapi time sekolah menengah takde crush sebab sekolah perempuan je . Minat student sekolah lain tu biasa la . tapi sehari je . kadang-kadang tu first time tengok, amazed, pastu lupa . crush ke macam tu ? entah la hahahhaha budak-budak biasa la .

  Tapi lepas dah masuk uni ni makin menjadi . First crush aku masa sem 2 asasi . Budak kuliah sendiri . Sebelum ni tak pernah kenal and tak pernah tahu pun kewujudan dia . Sebab aku tak berkenalan sangat dengan budak lelaki kecuali budak lelaki kelas tutorial aku haa yang tu kenal . tapi memang jenis aku tak minat yang sekelas . Kita sekelas maka kau tak handsome tak boleh dibuat crush lol boleh gitu ? Macam mana boleh kenal dia ? Sebab aku ada join satu tournament ni . Aku dan dia wakil universiti (plus budak lain 2 3 orang) . Haa masa tu la kenal . masa tu la baru tau kitorang satu kuliah . Tapi masa tu tak crush on him lagi . Baru buat kawan . baru jadi member lebih kurang gitu la.

   2 minggu lepas tu tak silap , kitorang ada minggu bahasa arab . Dia masuk pertandingan kalam jamaie dan dia yang conduct group tu . Masa turn group dia buat persembahan, ahli group semua dah kat atas pentas dah ready . tiba-tiba dia datang dari arah belakang audience menuju ke pentas sambil pakai blazer (ala yang blazer terbang tu)omaigodddddd masa tu kan rasa macam "wehh hensemnya machonya asal tetiba hensem ni  " ahahahahah lol perempuan sangat .

   Lepas tu kitorang banyak kali jumpa utk latihan utk tournament . Kebetulan masa tu kuliah kitorang nak buat dinner . pastu ada slot tukar-tukar hadiah . aku kena bagi hadiah kat kawan crush aku ni nanti dinner . (Hosmet aku kena bagi hadiah kat crush aku takguna betol) . Aku pun mintak crush aku ni tolong tanyakan kawan dia nak hadiah apa . dari situ la kitorang mula save no masing-masing. Bahagia la kejap bila crush save number .

Tapi bahagia aku tak lama hahahah rupa-rupanya crush aku dah ada makwe . Dah la selalu buat status ws gambar makwe dia ayyyooo sakitnya hati haha . Alhamdulillah dah muvon . Tapi muvon aku , aku mute status ws dia hahahahhaha nak delete tak tergamak . Lagipun member kan . selalu jumpa untuk tournament . Memang tak boleh nak lari . Kena hadap jugak . Sedih kan ?

    Yang tu kisah setahun lepas . Fuhh setahun aku hidup takde crush . Alahhh bukan penting pun . 
Tapi kannnnnnn tapi kannnnn hmmm

   ok uni aku akan buat satu festival .Batch aku (tak semua) kena handle dan aku termasuk dalam manusia-manusia yang kena handle festival ni . Kat sini la masalahnya . Asal pengarah festival tu baik sangat . Tolong la sumpah tak suka lelaki layan aku baik melampau . layan macam layan member tak boleh ke . Bukan la nak suruh dia jahat ke apa tapi aduiiiiii ke aku ni yang mudah cair . Nak nangis la macam ni . Aku dah serik tau ada crush-crush ni. sebelum mula aku nak korang tahu yang AKU PAHAM DIA PENGARAH KENA TOLONG ANAK BUAH . jangan pulak ada yang nak kecam aku.

  Aku ketua bahagian pendaftaran . Apa-apa rancangan aku kena rujuk dia . Aku ws bukan main professional lagi .Bukan setakat professional, dah macam anak singa pun ye jugak . Macam orang tak boleh dibuat member lol padahal aku ni friendly je . Tapi cara dia reply aduuuumakkk gentle gila . macam kenal aku dah lama .Kewujudan dia ni aku sedar dah lama dah sebab dia ketua kelas tuto member perempuan aku . Selalu jumpa dia time aku ngan member aku tengah berlatih untuk tournament tapi kitorang tak pernah bercakap tak tahu nama bahkan aku tak pandang pun dia . Kiranya tak berminat pun dulu even dia hensem ramai peminat tak silap aku.

  Tapi bila dah buat kerja sekali ni halamakkkk baiknya dia . Aku bagi rancangan je semua dia setuju . Bila aku tak tahu nak buat apa cepat je dia tolong . Selalu tolong backup aku . padahal tugas as pengarah banyak jugak doe .ok sekali lagi aku ulang aku paham dia pengarah . dia kena tolong anak buah . dia bukan tolong aku sorang . dia bukan layan baik aku sorang . Tapi kalau dah nak tercrush jugak nak buat macam mana kan;'(

    Ni la masalah bila tak jaga mata tak jaga hati . ok chill gais . aku crush je takde la over sampai teringat termimpi tak tidur malam tau . crush yashe-yashe je orekkk.

  Cepat la habis festival tu . Takmau dah ada urusan dengan dia . Nasib baik la lain fakulti . susah nak jumpa . Alhamdulillah . Doakan Allah jaga hati aku . Takmo dah ada crush-crush ni . Capek tau nggak . Rasa berdosa pun ye jugak aduhh. Doakan jugak aku mudah belajar, diberi kefahaman , perform selalu . Amin ya rabbal alamin .

Assalamualaikum, xoxo.